Jelajah Advokasi
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Sebandi Ulu telah berkesempatan menjalankan Program Advokasi di sebuah restoran yang terletak di Pekan Asajaya. Program ini yang mensasarkan pemilik restoran dan para pekerjanya bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai Internet dan Kesedaran Advokasi. Disamping itu para peserta juga telah didedahkan dengan penggunaan Netbook. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pemilik restoran mengenai pengetahuan menggunakan Microsoft Office terutamanya Excel.
Selain itu juga penggunaan Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan juga telah diberi penekanan. Alhamdulillah sepanjang program ini dilaksanakan para peserta telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan semoga program seumpama ini akan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap penguasaan ICT dikalangan pekerja dan majikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: